WANITA SOKONG DI GERAKAN REVOLUSI PEMBUDAYAAN BANGSA MELAYU
  • Pergerakan Wanita UMNO Bahagian
    Tajuk : Usul Agama dan Sosial

    Pencadang :
    Puan Hajjah Zaharah binti Haji Mokhtar
    Wakil Pergerakan Wanita Bahagian

    Islam agama Syumul, lengkap dan progresif yang merangkumi semua aspek kehidupan. Wajah Alaf Ketiga yang ditandai dengan penciptaan teknologi maklumat, perubahan-perubahan instrumental terhadap jaringan komunikasi massa yang merapatkan jurang antara warga dunia, wujudnya fenomena penggobalan dan penghakisan secara tersirat (latent) sempadan-sempadan geografikal serta terbukanya medan persaingan sengit dalam bidang-bidang keilmuan dan maklumat khususnya bidang-bidang yang dianggap strategik, sudah pasti menghadirkan pelbagai krisis, kemelut dan kegoncangan-kegoncangan yang besar atau kecil.

    Keadaan ini juga turut mempengaruhi perubahan-perubahan samada bersifat fundamental atau sekunder terhadap minda, sikap dan pendirian umat manusia seluruhnya.

    Justeru pembangunan dan kemajuan yang dikejar pada masa kini seolah-olah seiring dengan permasalahan sosial yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Di dada-dada akhbar dan media massa lainnya seringkali dipenuhi dengan berita-berita berkaitan dengan gejala sosial dan jenayah, kita juga sering dikejutkan dengan berita keruntuhan akhlak di kalangan remaja, sumbang mahram, rogol, bunuh dan bermacam-macam lagi.

    Persoalan yang sering berlegar dalam kotak minda kita ialah apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada permasalahan sosial yang begitu serius ini. Jawapannya mudah, kerana umat Islam tidak lagi menitik beratkan soal-soal agama. Mereka mentakrifkan agama sebagai ibadat khusus iaitu solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Walhal kesemua aspek kehidupan yang lain juga merupakan ibadat yang semestinya berlandaskan agama.

    Islam bukan sekadar kepercayaan dan penumpuan kepada ibadat khusus sahaja sepertimana yang difahami oleh sebahagian besar kini. Padahal pembangunan ummah, peradaban bangsa, perpaduan dan keutuhan negara juga merupakan sebahagian daripada ruang lingkup agama Islam. Beginilah ideologi dan pengaruh barat menguasai minda Islam sejagat. Akibat dari kefahaman yang cetek inilah masyarakat kita pada hari ini berhadapan dengan dilema keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang semakin berleluasa.

    Bahawa cabaran-cabaran yang telah sedang dan akan dihadapi di alaf ketiga ini amat kompetitif, penuh kemungkinan dan serba jadi. Ruang persaingan ini tidak berdasarkan diskriminasi rasa, warna kulit dan pegangan agama.

    Hakikat bahawa penampilan watak bangsa dan keunggulan budaya tidak lagi semata-mata bergantong kepada pencapaian dalam bidang material yang diukur secara kuantitatif semata-mata

    Bahawa dunia serba saing dan sarat maklumat pada alaf ketiga ini lebih cenderung mengiktiraf pencapaian sesuatu bangsa berdasarkan tahap dan gerak giat keilmuan masyarakat

    Kelangsungan (survival) umat manusia tidak hanya bergantung kepada pembangunan kebendaan semata-mata, tetapi akhlak dan tauhid yang akan menentukan untung nasib sesuatu umat itu: dan

    Konsep Islam Hadhari adalah suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif Tamadun Islam. Ia bukan satu kefahaman atau mazhab yang baru dan jauh sekali agama baru. Ia merupakan suatu usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis.

    Ia bertujuan untuk menarik semula umat Islam kearah landasan sebenar daripada membiarkan mereka terus menerus terpesong jauh. Konsep ini juga sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan (globalisasi), ekonomi global, budaya materialisma, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran.

    Memahami, menyedari dan menginsafi…
    bahawa agama dan ilmu sahajalah yang mampu mengangkat martabat umat manusia seluruhnya, maka wakil dari Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sepang menyokong ucapan dasar usul YB Dato’ Ketua Bahagian supaya dilancarkan gerakan revolusi pembudayaan bangsa Melayu dengan memberi penekanan dan tumpuan terhadap perkara-perkara berikut

    1 Menyegarkan kembali nilai-nilai akhlak dan tatahidup serba Islamik serta menyegarkan kembali nilai-nilai tradisi bangsa yang sudah diusap dan diresap dengan roh keislaman dan keimanan sejati

    2 Menyegarkan kembali nilai-nilai keilmuan khususnya ilmu-ilmu yang menerasi faham tauhid dan asas akhlak supaya dapat menjelmakan masyarakat berilmu (knowledge – based society) serta mengembalikan pengkalan keilmuan masyarakat kepada tradisi intelektual islam semurni dan setulennya

    3 Menekankan tentang kedaulatan rakyat atau umat yang hidup dalam suasana serba islami bagi memungkinkan terbinanya sebuah masyarakat acuan Islam Hadhari dengan segala ciri dan manifestasinya di bawah kepimpinan YAB Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

    4 Supaya pihak berkenaan mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah Pusat Antarabangsa Pendidikan Profesional Islam yang akan menjadi medan bagi para pemikir, intelektual dan ulamak Islam merumus dan membentuk modul-modul pelajaran bagi displin-displin yang dianggap stategik kepada keperadaban dan kesinambungan warisan umat Islam seluruh dunia.

    Di sokong oleh :
  • Encik Mohd Nasir bin Jajuli (Wakil Pergerakan Pemuda Bahagian)

    Di terima dengan sebulat suara
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Sepang
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Kerajaan Tempatan
Badan Berkanun Negeri
Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah
Kolej dan Universiti di Selangor
Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Pentadbir
    BLOGGER